CoNtEaNg

MaSa DaH TiMe

10:47 PM

BERBUKA @ PIZZA TESCO SHAH ALAM

Posted by CONTEANG


























AWIE , FADHIL & ME

9:51 PM

TAZKIRAH 4

Posted by CONTEANG

Puasa adalah perisai

Apabila seseorang melihat anak bulan untuk menentukan tarikh bermulanya bulan Ramadan, dia hendaklah berdoa dengan doa yang telah diajar oleh Nabi s.a.w iaitu:


"Ya Allah munculkanlah anak bulan ini ke atas kami dengan membawa keberkatan, keselamatan dan Islam. Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah."( Hadis riwayat al-Tirmizi).


Pada bulan Ramadan ini disyariatkan untuk berpuasa yakni meninggalkan makan dan minum serta segala perbuatan yang keji dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.


Sabda Nabi:


"Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan bulan yang penuh keberkatan. Allah telah mewajibkan puasa ke atas kamu semua." - Hadis riwayat Ahmad, no: 9133.


Berpuasa bukan sekadar meninggalkan makanan dan minuman. Tetapi, untuk memperolehi kesempurnaan di dalam berpuasa seseorang seharusnya juga meninggalkan perkataan-perkataan yang keji serta perbuatan-perbuatan orang jahil. Rasulullah s.a.w bersabda:


"Puasa adalah perisai. Oleh itu, janganlah seseorang mengerjakan rafath (perkataan yang keji) atau berbuat sesuatu perkara yang jahil (menyalahi hukum)." ( Hadis riwayat al-Bukhari).

9:50 PM

TAZKIRAH 3

Posted by CONTEANG

Ruang kemaafan

"Sesungguhnya Allah S.W.T. telah menfardhukan beberapa kefardhuan, maka janganlah kamu semua menguranginya, Allah juga telah menetapkan beberapa ketetapan, maka janganlah melampauinya, Dia juga telah mengharamkan beberapa perkara, maka jangan kamu mencerobohinya, dan Allah membiarkan beberapa perkara sebagai rahmat untuk kamu semua, bukan disebabkan terlupa, maka jangan kamu mengkaji (untuk mengharam atau mewajibkan) nya.” (HR al-Daraqutni dan dihasankan oleh al-Nawawi di dalam al-Arba’ien al-Nawawiah)


Pengajaran Hadith: Hadith di atas menggambarkan tabiat agama Islam. Ia merangkumi 4 perkara: Kefardhuan-kefardhuan. Hadith di atas memberi petunjuk kepada setiap muslim supaya tidak meringan-ringankan dalam melaksanakan setiap kefardhuan. Yang dinamakan kefardhuan itu ialah perkara-perkara kewajipan yang diwajibkan oleh Allah ke atas hamba-hambaNya.


Ia merangkumi kewajipan setiap individu (Fardhu ‘Ain) dan kewajipan berkumpulan (Fardhu Kifayah). Maka apabila Allah dan Rasul mewajibkan sesuatu perkara, maka tidak ada ruang untuk mana-mana muslim membantahkan atau tidak mahu melaksanakannya. Ini kerana melaksanakan kewajipan Allah dan Rasul itu adalah buah daripada beriman kepada keduanya. Sepertimana firman Allah di dalam surah al-Anfal ayat 1: (Maksudnya) “Taatlah kamu semua kepada Allah dan RasulNya, jika kamu semua orang-orang yang beriman.”


Pengharaman-pengharaman. Hadith memberi petunjuk untuk meninggalkan semua maksiat keseluruhannya. Ketetapan-ketetapan. Apabila ruang taklif itu merangkumi melaksanakan arahan/suruhan, meninggalkan larangan, berpegang dengan syariat dan beriltizam dengannya dan berada di atas ketetapan syariat tanpa melampauinya Nabi S.A.W. menegaskan lagi dengan menyatakan “Allah juga telah menetapkan beberapa ketetapan, maka janganlah melampauinya”.


Hudud atau ketetapan-ketetapan merangkumi arahan-arahan Allah, tidak boleh keluar daripada perkara yang diizinkan. Ia juga merangkumi perkara-perkara yang terlarang dengan tidak mendekatinya juga. Ini kerana Allah S.W.T. apabila mengharamkan sesuatu, diharamkan juga perkara yang boleh membawa kepadanya. Perkara-perkara yang dibiarkan untuk kita. Disamping itu ada pula perkara yang dibiarkan oleh Allah taala untuk kita. Biarnya Allah taala dalam beberapa perkara itu bukanlah disebabkan Allah terlupakannya, namun ia berupa rahmat untuk kita semua.


Nabi bersabada: “Jangan kamu semua mencari-cari (untuk mengharam atau mewajibkan)nya.” sehingga disebabkan sikap mencari-cari itu mengetatkan agama dengan pertambahan bebanan dalam perkara yang diwajibkan atau perkara yang diharamkan. Inilah ruang kemaafan yang dibiarkan oleh syara’ untuk umat Islam bersesuaian dengan zaman, keadaan dan keperluan mereka.

9:50 PM

TAZKIRAH 2

Posted by CONTEANG

Allah telah menentukan batasan

Dari Abu Tsa'labah al-Khusyani Jurtsum bin Nasyir ra, dari Rasulullah saw, baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah telah menetapkan kewajiban-kewajiban maka jangan kamu menyia-nyiakannya, Allah telah menentukan beberapa batasan maka jangan kamu melanggarnya, Allah telah mengharamkan beberapa perkara, maka jangan kamu melakukannya, dan Allah telah mendiamkan banyak hal sebagai rahmat bagi kalian, bukan karena lupa, maka jangan mencari-cari (masaalah tentangnya)." (Hadits hasan, riwayat ad-Daraquthni dan selainnya).

9:48 PM

TAZKIRAH 1

Posted by CONTEANG

Tinggalkan perbualan lagha (tidak faedah)

Disunahkan bagi orang yang berpuasa meninggalkan perbualan yang lagha (tidak berfaedah), mengumpat, bercakap kotor, mencerca orang lain dan sebagainya. Puasa juga mendidik seseorang untuk menjadi penyabar. Oleh itu, seseorang yang berpuasa disunahkan bersabar apabila dicerca mahupun diperangi oleh pihak lain dengan mengucapkan “sesungguhnya aku sedang berpuasa” sebagaimana sabda rasulullah s.a.w:


"Puasa adalah perisai. Oleh itu, janganlah seseorang mengerjakan rafath (perkataan yang keji) dan berbuat sesuatu perkara yang jahil (menyalahi hukum). Jika seseorang itu diperangi atau dicaci, dia hendaklah berkata: Sesungguhnya aku sedang berpuasa (Nabi menyebutnya dua kali). ” - Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 1894.


Semoga melalui ucapan itu dapat mencegah pihak lain dari mencerca atau memeranginya. Berbohong boleh mencacatkan kesempurnaan puasa. Oleh itu, syariat melarang seseorang bercakap bohong ketika berpuasa dan Allah melarang keras perbuatan dengan ancaman tidak akan menerima ibadah puasanya. Rasulullah s.a.w bersabda:


"Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan melakukan perbuatan it uterus menerus, Allah langsung tidak berhajat (memandang) perbuatannya yang meninggalkan makan dan minum (puasa)." (Hadis riwayat al-Bukhari).

1:42 AM

MAKAN2

Posted by CONTEANG









LAZAT

1:28 AM

KAWEN

Posted by CONTEANG

NINIE & FARIZ


NINIE & FARIZ


NINIE & FARIZ


NINIE & FARIZ